Artikel

Indonesia Mahu Malaysia Hapuskan Sistem Klasifikasi ‘Pembantu Rumah’ Sebagai Pelancong

Awal Februari kelak, kita bakal melihat kesepakatan dicapai oleh Malaysia dan Indonesia untuk Perkhidmatan Domestik Indonesia (PDI) melibatkan kemasukan pembantu rumah pada 7 mahupun 8 Februari.

Bagaimanapun, sebelum mencapai persefahaman itu – Indonesia telah meminta Malaysia menghapuskan sistem menakrifkan pembantu rumah Indonesia sebagai pelancong. Pihak Indonesia melihat pendekatan ini seakan-akan seperti penggunaan buruh paksa.

Untuk makluman umum, Malaysia telah menggunakan pendekatan bahawa mana-mana warga Indonesia yang tiba di negara ditakrifkan sebagai pelancong dan mereka boleh memohon permit pekerjaan. Namun Indonesia telah meminta untuk tidak menggunakan pendekatan tersebut.

Setakat ini, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan memaklumkan pihaknya akan laksana perbincangan awal bersama Kementerian Dalam Negeri untuk pandangan pertimbangan.