Artikel

ShopeePay Kini Tersedia Di 7-Eleven, Seluruh Malaysia

Semua pengguna ShopeePay kini boleh menggunakan akses pembayaran tersebut di seluruh cawangan 7-Eleven, di Malaysia.

Perkongsian kedua pihak ini dicapai, seiring dengan penerapan norma baharu di Malaysia – susulan COVID-19. Ia menuntut perubahan tingkah-laku pengguna terhadap cara berbelanja. Pengguna ketika ini lebih selesa berbelanja menggunakan kaedah nirtunai (tanpa tunai).

Selain menawarkan pilihan pembayaran yang berbeza buat pengguna 7-Eleven, Shopee juga turut menawarkan ganjaran menarik untuk dinikmati pengguna semasa mereka membeli-belah gerai fizikal tersebut.

Di mana bermula 1 Januari sehingga 31 Januari, pengguna boleh membeli baucar serendah 1 sen daripada ciri Deal Near Me, dan diberi ganjaran pulangan tunai RM1.50 apabila mereka membelanjakan sekurang-kurangnya RM2 dan bayar dengan ShopeePay di seluruh cawangan 7-Eleven di negara.