Carsome, pengendali pasaran kereta terpakai secara atas talian di Asia Tenggara kini dimaklumkan telah mengumpul hampir AS$300 juta iaitu sekitar RM1.26 bilion.
Dana tersebut difahamkan telah diperolehi pada pusingan pembiayaan yang merangkumi penyertaan dana yang disokong oleh Temasek Holdings dan pihak berkuasa pelaburan Qatar – QIA.
Pengumpulan itu membabitkan 65 Equity Partners bersama SeaTown Holdings Pte Ltd. Bagaimanapun mengikut laporan, maklum-balas berhubung pengumpulan dana ini masih lagi tidak diperincikan oleh pihak yang terlibat.
Setakat ini, Carsome milik Malaysia sedang mengatur langkah untuk penyenaraian awam di Amerika Syarikat (AS) pada akhir tahun kelak.
Melihat pada pelaporan pengumpulan, perolehan pembiayaan ini bukanlah suatu perkara yang asing lagi – ini kerana di awal November 2021 Carsome telah memaklumkan perancangannya untuk mengumpul dana pembiayaan sekitar AS$200 juta. Ternyata aturan tersebut telah dicapai pada pengumpulan dana pusingan ini.
Seterusnya, untuk makluman umum – sejak ia ditubuhkan pada tahun 2015, Carsome telah mula menempa khidmat di Thailand, Indonesia dan Singapura. Kini ia memiliki lebih 8,000 penyertaan peniaga pada platform. Dan kini telah berjaya meningkatkan nilai entiti di paras AS$1.3 bilion.