Artikel

Golongan 22-28 Tahun Paling Lambat Bayar Hutang Pinjaman

Pinjaman tunai, kini tidak lagi suatu yang asing buat semua pihak untuk memiliki – kenaikan pinjaman dilihat berlaku susulan perubahan dan krisis ekonomi yang melanda disebabkan COVID-19.

Akan tetapi, pengguna perlu akui peningkatan pinjaman akan membawa kepada risiko kegagalan membayarnya. Jadi itulah yang berlaku di Malaysia bagi 2021 apabila golongan berusia 22 tahun sehingga 28 tahun, kini ditakrifkan sebagai kumpulan tertinggi yang lewat membayar hutang pinjaman.

Iaitu melebihi tempoh pembayaran 90 hari dan ke atas.

Tinjauan Experian pada Kredit Status 2021 ini secara jelas menunjukkan, kesan krisis telah memperlahankan kuasa beli pengguna dan meningkatkan risiko hutang mereka.

Meskipun kadar purata kelewatan pembayaran pinjaman ini semakin menurun, namun golongan 22-28 tahun kekal mendahului berbanding kumpulan umur lain. Untuk makluman, kelewatan pembayaran pinjaman ini merangkumi pinjaman kad kredit, perumahan, kereta dan lain-lain.

Tidak hanya itu, bagi kategori pinjaman kad kredit – golongan 22-28 tahun telah mencatatkan peningkatan penggunaan kad kredit dengan 28.6%. Paling tertinggi untuk tahun 2021. Berbeza dengan kumpulan umur lain yang telah memaparkan penurunan penggunaan kad kredit bagi tahun 2021.