Artikel

Ketidakseimbangan Laksana 5G Berpotensi Jejas Sentimen Pasaran

Maybank IB – Investment Bank, pada catatan terkini melihat ketidakseimbangan dasar 5G berupaya menjejaskan sentimen pasaran.

Susulan tindakan kementerian untuk melakukan semakan pada kedudukan 5G pada Disember lalu telah memberi kejutan terhadap pasaran. Ketidaktentuan ini sekaligus memberi petunjuk pelaksanaan dasar ini kurang keseimbangan.

Malah disebabkan krisis bencana banjir juga – ia akan membawa kepada penangguhan semakan semula kedudukan 5G di Malaysia.

Seperti yang umum ketahui DNB ialah anak syarikat Kementerian Kewangan (diperbadankan) dan telah diberi peranan menjadi pihak neutral dalam membangunkan rangkaian 5G di seluruh Malaysia. Kini ketersediaan rangkaian 5G telah dilakukan bersama Telekom Malaysia (TM) dan YTL Commucations untuk penawaran khidmat di Putrajaya, Cyberjaya serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.