Shell, syarikat minyak dan gas Eropah sebelum ini telah memulakan langkah peralihan mereka kepada pembangunan hab pengecasan pantas kenderaan elektrik (EV).
Kini perancangan itu sedang dilakukan secara berperingkat, bermula di pasaran antarabangsa. Laporan terbaharu memaparkan Shell di London telah mengalami pertukaran stesen minyak kepada pusat pengecasan pantas EV.
Berdasarkan perkongsian, lanskap pembangunan stesen itu ternyata menyediakan pelbagai kemudahan buat pengguna. Dari aspek akses ruang rehat, penyediaan makanan bersama beberapa jenama seperti Costa Coffe dan Little Waitrose & Partnes.
Hab itu turut diperlihatkan penetapan panel solar di bahagian bumbung dan kemudahan pengecas pula dikuasakan sepenuhnya 100% oleh elektrik boleh diperbaharui yang diiktiraf.
Adanya pertukaran konsep stesen ini, ia berpotensi memacu pertumbuhan ekonomi Eropah dan sekaligus menjadi penyelesaian buat mereka untuk penuhi keperluan bekalan kuasa EV. Setakat ini Shell menjangkakan penyediaan 50,000 di seluruh UK menjelang 2025.
Bagaimanapun, buat masa ini perubahan stesen dilaksanakan pada pasaran Eropah sementara di Asia mahupun Malaysia tidak dimaklumkan sebarang perancangan lanjut.