Artikel

Pegangan Saham Asing Bursa Malaysia Jatuh Kepada 14.5%, Terendah Dalam Rekod

Pegangan saham asing Bursa Malaysia data sehingga Disember 2021 kini telah jatuh ke paras terendah dalam rekod, berbanding 15.1% pada data November.

Kenyataan ini dapat diperlihat pada kemas-kini data Pegangan Saham Asing Bursa Malaysia antara tahun 2016 hingga tahun 2021. Untuk makluman rekod 14.5% ini lebih rendah bebranding penurunan pada data Mei 2020 iaitu 14.7%.

Sekiranya dilihat pada data, peningkatan peratusan tertinggi pernah dicapai pada tahun 2021 adalah rekod Ogos dengan 20.0% dan 20.2% pada rekod November 2020. Di mana data paling tertinggi pula adalah pada 2018 iaitu Mac 28.6%.

Sementara mengikut laporan kewangan semasa, jumlah saham terbitan terkini Bursa pula mencatatkan 809.3 juta. Kini semua pihak masih meneliti keputusan kewangan bagi suku keempat yang berakhir pada 31 Disember pada Januari ini.

Melihat pada kejatuhan pegangan saham asing ini, secara jelas menimbulkan persoalan berhubung momentum keyakinan pelabur terhadap pasaran negara. Bagaimanapun perubahan pegangan kekal alami perbezaan berdasarkan situasi semasa.