Artikel

Jenayah Kripto Cetus Kerugian Mencecah $14 Bilion, Sepanjang 2021

Penyertaan pada pelaburan kripto kini semakin rancak, ramai pihak mula melihat sisi kelebihannya meskipun risiko aliran kekal tinggi. Namun semua pihak juga perlu akui, jenayah dalam arena ini turut meningkat – sehingga mencecah paras tertinggi bernilai AS$14 bilion untuk tahun 2021.

Tinjauan penyelidikan rantaian-blok Chainalysis melihat bahagian pengawalseliaan semakin bertindak keras ke atas pekembangan kripto.

Setakat ini, kes jenayah terlibat adalah dikaitkan dengan penerimaan kripto melalui dompet digital yang berhubung bersama penipuan, pasaran gelap, perisian hasad (ransomware) telah melonjak 80%, berbanding tahun 2020.

Aktiviti itu hanya mewakili 0.15% sahaja daripada jumlah urus niaga kripto dan jumlah keseluruhan membawa kepada nilai AS$15.8 trilion pada 2021.

Situasi ini menunjukkan peningkatan 5 kali ganda pada aliran jenayah.

Selain kategori jenayah tersebut, kegiatan penipuan di platform DeFi, seperti di mana pembangun menyediakan peluang pelaburan palsu sebelum hilang dengan wang tunai pelabur – mencecah AS$ 7.8 bilion, lonjakan 82% daripada 2021.

Jika perkara ini berterusan, ia akan menjadi aspek utama sekatan kepada aset digital untuk terus berkembang dan digunapakai oleh orang awam. Peningkatan jenayah dalam arena kripto sekadar meningkatkan lagi kegusaran pihak autoriti, khususnya kerajaan dan pengawalselia kewangan sesebuah negara.