Setelah 4 bulan berturut memaparkan peningkatan, harga makanan dunia melonjak 28% pada 2021 ke paras tertinggi dalam satu dekad dan harapan untuk kembali kepada keadaan pasaran yang lebih stabil tahun ini dilihat sedikit tipis.
Pengamatan indeks harga makanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menunjukkan peningkatan tertinggi sejak 10 tahun ini membawa petunjuk kepada kekurangan bekalan dan peningkatan permintaan sepanjang tahun lalu.
Akan tetapi, produk tenusu, minyak dan sayuran mula memaparkan penurunan ketara. Sementara kategori makanan lain memperlihatkan peningkatan ketara.
Aliran kenaikan harga makanan ini juga sekaligus turut melonjakan paras inflasi global. Ia turut didorong susulan pemulihan ekonomi mula dibuka. Peningkatan permintaan cetus kenaikan inflasi.
Setakat ini, FAO terus memberi amaran kepada negara-negara yang bergantung kepada bekalan import. Ini kerana potensi kenaikan harga dan kos akan berlaku dan ia secara langsung meletakkan penduduk negara pendapatan miskin di dalam risiko.