Gemilang International Limited (GML), pengeluar bas Asia yang berpangkalan di Malaysia kini bakal menghantar 140 unit bas sekolah elektrik ke California, Amerika Syarikat (AS).
Melihat pada peluang ini, ia secara langsung membuka pasaran negara meluas ke peringkat global. Pasaran bas sekolah EV di AS memiliki potensi yang baik untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Untuk makluman, GML yang berpangkalan di Johor ini telah menerima tempahan 120 bas sekolah EV dengan berukuran panjang 12 meter dan 20 bas lagi berukuran panjang 7.5m.
Tempahan tersebut diperolehi susulan Perjanjian Infrastruktur Bipartisan Akta Pelaburan Infrastruktur dan Pekerjaan yang telah diluluskan oleh Joe Biden – Presiden AS bersama peruntukan AS$2.5 bilion untuk perolehan bas sekolah EV.
Mengikut laporan sasaran perluasan, ini bukanlah pasaran pertama yang ditembusi GML. Sehingga kini pengeluaran produknya diakui pada 15 pasaran di seluruh dunia.
Selain pengeluaran antarabangsa, GML turut membekalkan bas aluminium kepada Go KL, Rapid KL, Rapid Penang serta bas pengantara MRT dalam tempoh 13 tahun.