Secret Recipe merupakan salah satu peruncit yang terkenal dengan penawaran pilihan kek – dan menjadi kedai dituju ketika ingin mendapatkan kek untuk sambutan seperti hari lahir dan sebagainya.
Melalui harga jualan yang dikemaskini untuk Januari 2022 ini, Secret Recipe memperlihatkan peningkatan harga jualan lebih RM10 untuk beberapa kek.
Pengamatan kasar kami memperlihatkan harga jualan The Red Velvet kini berharga RM142 (berbanding RM130 sebelum ini), New York Cheeese berharga RM108 (berbanding RM98 sebelum ini), dan Hokkaido Triple Chocolate Cheese berharga RM142 (berbanding RM130 sebelum ini).
Tiada pemakluman berkaitan kenaikkan harga yang kami temui pada laman Secret Recipe buat masa ini.