Artikel

Raikan Tahun Harimau Bersama Boost, Dengan Tawaran Ang Pow Percuma

Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Boost kini menyemarakan Tahun Harimau dengan 18 juta Boost stars beserta ganjaran tawaran hebat di bawah kempen Roar into 2022, Hu Wants More Huat?.

Pada perayaan itu bermula 8 Januari sehingga 15 Februari, pengguna kini boleh nikmati penjimatan lebih RM230,000 melalui penerimaan Ang Pow RM8 secara percuma.

Perolehan Ang Pow tersebut boleh ditebus di Katalog BoostUP pada 8hb Januari, 18hb Januari, 28hb Januari serta 8hb Februari. RM8 Ang Pow ini akan dimasukkan dalam Partner Wallet, dan boleh digunakan untuk membeli-belah di dalam dan luar talian, membayar bil, dan banyak lagi.

Tidak hanya itu, perolehan pulangan tunai atau cashback juga turut disertakan sebanyak RM130,000 ketika melakukan pembelian. Namun para pengguna perlu memenuhi kriteria perbelanjaan minimum RM20 untuk menerima RM3 pulangan tunai, perbelanjaan minimum RM80 untuk pulangan tunai RM8 dan miliki pulangan tunai RM18 pada perbelanjaan cecah RM180.

Selain itu, menerusi kemunculan semula ciri eAng Pow, pengguna juga boleh memilih untuk menyampaikan eAng Pow sebagai eDerma kepada senarai NGO dan badan kebajikan yang terdapat di aplikasi Boost, bagi membantu mereka yang mengalami kesukaran untuk membina semula kelangsungan hidup berikutan 2021 yang penuh cabaran.

Bagi maklumat lanjut, berhubung perolehan Boost Stars untuk penjimatan lebih RM168,000 – para pengguna boleh layari pautan Boost Malaysia Tahun Harimau bagi penjelasan lebih terperinci.