Artikel

Sektor Agromakanan Malaysia Dianggarkan Rugi Lebih RM67 Juta

Bencana banjir yang melanda di negara, tidak hanya merosakan infrastruktur atau aset peribadi orang awam tetapi turut mengakibatkan kerugian kepada sektor agromakanan.

Di mana sekitar RM67.72 juta dianggarkan kerugian, membabitkan 5,500 pengusaha sektor terlibat.

Lebih membimbangkan, nilai keosakan ini dijangka akan terus melonjak. Susulan masih terdapat kawasan yang tidak pulih disebabkan krisis tersebut.

Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan tinjauan secara berkala akan terus dilaksanakan pihak berkuasa untuk mengetahui nilai kerosakan sebenar. Buat masa ini, peruntukan berjumlah RM100 juta diagihkan menerusi dana Keluarga Agro untuk membantu pengusaha yang terjejas menampung kerugian yang didepani mereka.