Aerodyne, penyedia dron, data transformasi tempatan kini terus mengukuhkan penguasaanya dalam teknologi dengan mengambil-alih kepentingan di dalam Synapse Innovation Sdn Bhd.
Peralihan pegangan ini sekaligus memantapkan kepakaran Aerodyne dalam kecerdasan buatan (AI) berserta sokongan analisis data bagi operasi antarabangsa di 35 buah negara.
Melalui pengumuman itu, kesepakatan ini turut akan meningkatkan kecekapan khidmat analisis yang dilaksanakan – khususnya sektor infrastruktur, minyak dan gas serta pertanian di Malaysia.
Agenda tersebut secara langsung akan membantu meluaskan peluangĀ teknologi data tempatan di pasaran antarabangsa. Setakat ini, Aerodyne memiliki lebih 400 profesional dron dan menguruskan lebih 350,000 aset infrastruktur bersama 110,000 operasi penerbangan.