Artikel

Malaysia Rugi RM245 Juta, Susulan Penipuan Pelaburan Sepanjang 2021

Walaupun teknologi dilihat memberi kemudahan akses kepada segmen pelaburan untuk berkembang maju, namun masih terdapat pihak menggunakan ia untuk kepentingan sendiri.

Tahukah anda, sepanjang tahun 2021 – rakyat Malaysia telah mencatatkan kerugian berjumlah RM245 juta disebabkan terlibat dengan skim penipuan pelaburan.

Laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial memaklumkan sekitar 1,833 individu telah ditahan pada kegiatan tersebut.

Skim pelaburan sedemikian dipantau mula rancak dengan menggunakan akses media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan beberapa medium lain diguna untuk menipu orang awam.

Secara keseluruhannya bagi data 9 bulan pertama 2021, sekitar 15,935 kes penipuan atas talian dilaporkan di negara. Hasil data itu ia membawa kepada kerugian mencecah RM380 juta. Lebih membimbangkan peningkatan jenayah siber setakat 2011 sehingga 2021, kini telah melonjak 60.6% di Malaysia.

Melihat ketirisan ini, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan melaksanakan 3 aturan iaitu kenalpasti, semak dan laporkan kepada pihak berkuasa.

Selanjutnya boleh merujuk pada pautan rasmi di bawah bagi tindakan seterusnya;

PDRM – layari pautan Semak Akaun Yang Memiliki Aduan

Bank Negara Malaysia (BNM) – ketahui maklumat terkini berhubung penipuang kewangan pada pautan Amaran Scam BNM > klik pada bahagian Tanya Amaran Scam

Suruhanjaya Sekuriti (SC) – layari Senarai Perhatian Pelabur SC, yang memberi makluman berhubung organisasi pelaburan yang tidak dibenarkan

Bursa Malaysia – nyatakan aduan pada emel [email protected] atau talian 03-2732-0067

KPDNHEP – aduan pada portal e-Aduan Pengguna, atau emel pada [email protected] atau hubungi 019-279-4317

FOMCA – aduan pada portal Aduan Pengguna Nasional atau hubungi 03-7803-6000/03-7805-0009