Artikel

10% Bekalan Gardenia Malaysia Dijangka Terjejas, Susulan Bencana Banjir

Gardenia Malaysia, kini telah menutup sebuah kilang susulan bencana banjir yang sedang menimpa negara ketika ini. Bagaimanapun tempoh penutupan masih lagi tidak diketahui penangguhannya.

Penyedia makanan di bawah QAF Limited memaklumkan, situasi tersebut dijangka berpotensi jejaskan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah bekalan Gardenia Malaysia untuk tahun kewangan 2022.

Meskipun semua petugas tidak mengalami sebarang kesan krisis, namun penelitian pada kerosakan infrastruktur kilang masih lagi disemak. Pihak pengurusan juga telah bertindak meningkatkan pengeluaran bekalan pada 6 lagi kilang roti, yang masih beroperasi di Malaysia.

Langkah itu untuk mengimbangi semula kesan pengeluaran yang tergendala disebabkan penutupan sementara ini.

Setakat ini, pihak QAF masih memantau situasi semasa dan akan berhubung bersama pihak insurans bagi pemerhatian tampungan polisi serta akan terus meninjau kesan kerugian yang didepani daripada penutupan kilang pengeluaran tersebut.