Artikel

Sony Menubuhkan Syarikat Baru Untuk Memasuki Arena Kenderaan Elektrik

Sony hari ini mengumumkan penubuhan syarikat baharu dalam memfokuskan kepada pasaran kenderaan elektrik, dinamakan Sony Mobility.

Sony Mobility akan mengambil kelebihan dna kepakaran Sony dalam arena hiburan dan sensor untuk memainkan peranan lebih besar pada arena automotif.

Sony Mobility

Selari dengannya juga, Sony hari ini mempertontonkan prototaip SUV mereka, dinamakan Vision-S 02. Untuk makluman, Sony sedia mempertontonkan prototaip pertama mereka sebelum ini, dan ia telah mula diuji di jalan raya Eropah sejak penghujung tahun 2020.

Selari pengumuman Sony Mobility ini, saham Sony meningkat sebanyak 4.2% di Tokyo, Jepun.