Artikel

Ninja Van Malaysia Lepasi 100 Juta Penghantaran Bungkusan, Sedia Tingkatkan Kecekapan 2022

Ninja Van, penyedia logistik Singapura kini telah berjaya lepasi catatan penghantaran 100 juta bungkusan pada pasaran Malaysia. Data setakat Julai 2021 lalu ternyata menjadi pemangkin buat syarikat untuk terus melebarkan khidmat mereka kepada ekosistem tempatan.

Sasaran Ninja Van pada 2022 adalah untuk meningkatkan kecekapan khidmat penghantaran mereka. Ia merangkumi pertambahan kapasiti pekerja sehingga 500 petugas.

Laporan The Malaysia Reserve menunjukkan, langkah ini tidak hanya memanfaatkan peningkatan landskap e-dagang negara tetapi turut bertujuan membantu perniagaan Malaysia meningkatkan semula pertumbuhan mereka.

Pada pendekatan lain, September 2021 lalu – Ninja Van turut berjaya meraih AS$578 juta pada suntikan dana pusingan Siri E. Di mana memperlihatkan Alibaba Group selaku senarai pelaburnya termasuklah B Capital Group, Monk’s Hill Ventures dan beberapa pihak.

Setakat ini, khidmat Ninja Van tidak sekadar di Singapura dan Malaysia tetapi turut meluas di Filipina, Indonesia, Thailand dan Vietnam.