Dalam usaha meningkatkan penggunaan mata wang digital bank pusat e-CNY (CDBC), China kini telah mengeluarkan Aplikasi e-CNY versi perintis. Iaitu sebuah aplikasi dompet digital yuan kepada rakyat negaranya.
Penerapan aplikasi yang dibangunkan oleh institut penyelidikan mata wang digital Bank Rakyat China (PBOC) kini telah tersedia untuk dimuat-turun pengguna bagi peranti Android dan iOS China.
Mengikut laporan, penggunaan aplikasi ini hanya tersedia kepada pengguna yang terpilih sahaja menerusi institusi penyedia khidmat e-CNY dan bank domestik utama negara mereka.
Adanya pelaksanaan ini, bank pusat China melihat ia sebahagian usaha untuk terus memacu keyakinan pengguna pada aliran tunai digital dan sekaligus meningkatkan ekosistem pembayaran negara mereka.