Artikel

Bukalapak, Grab, Carro – Bersedia Sertai Pelaburan Segmen Pinjaman Indonesia

Firm gergasi teknologi Asia Tenggara kini mula memberi petunjuk, ketersediaan mereka untuk sertai pelaburan pemberian pinjaman di Indonesia. Antaranya adalah Bukalapak, Grab dan Carro.

Tindakan laporan ini sekaligus membuka penerokaan baharu pada ekonomi negara jiran dalam industri perbankan digital.

Penyertaan ini akan memperlihatkan langganan terbitan hak bernilai AS$335 juta oleh Bukalapak kepada penyedia pinjaman digital Allo Bank. Turut mengambil bahagian adalah syarikat berpangkalan Singapuran iaitu Grab dan Carro melalui rakan sekutu mereka.

Berdasarkan laporan setelah kesepakatan pelaburan di capai Bukalapak akan memiliki kepentingan 11.49%, sementara Grab pula 2.07% dan Carro 0.69%.

Menerusi aturan ini, ia secara langsung akan memberi manfaat data kepada Allo Bank dalam kepelbagaian ekosistem pengguna – di atas talian mahupun minat secara fizikal.

Untuk makluman, tidak hanya 3 syarikat gergasi ini sahaja yang telah mula meluaskan titik pelaburan mereka pada Indonesia tetapi tindakan yang sama turut dilihat syarikat gergasi teknologi Asia yang lain, antaranya;

  • GoTo memiliki 21.4% pada segmen pemberi pinjaman digital Bank Jago
  • Sea syarikat induk Shopee, memiliki Bank Kesejahteraan Ekonomi bagi segmen pemberi pinjaman
  • Akulaku memiliki pegangan saham di dalam Bank Neo Commerce
  • Finaccel memiliki pegangan saham di dalam Bank Bisnis Internasional