Apple kini mencatatkan sejarah tersendiri, apabila nilai pasaran syarikat mencapai $3 trilion untuk seketika, sebelum turun kembali. Pencapaian ini selari peningkatan harga saham Apple dari hari ke hari.
Sebelum ini, Apple telah mencapai nilai pasaran $1 trilion pada 2018 yang lepas, dan gandakannya pada 2020.
Dengan populariti produk Apple, selain peningkatan pendapatan daripada perkhidmatan – termasuk penyertaan ke arena baharu seperti set AR akan datang dan juga kemasukkan ke arena automotif, tidak mustahil kita melihat Apple terus mengukuhkan nilai pasaran syarikat mereka dibawah Tim Cook.