Artikel

Tencent Mengurangkan Pegangan Sebanyak 2.6% Pada Sea – Syarikat Sebalik Shopee

Tencent hari ini mengumumkan mereka akan mengurangkan pegangan pada syarikat Sea sebanyak 2.6%, sekaligus menjadikan pegangan mereka pada Sea daripada 21.3% kepada 18.7%.

Bersama perubahan ini, kuasa undian Tencent juga akan dikurangkan dibawah 10%. Hasil jualan saham ini dijangka berjumlah melangkaui $3 bilion.

Tencent mengatakan jualan ini akan membolehkan mereka menggunakan dana daripadanya untuk pelaburan dan eksplorasi baharu.

Apa pun, sebelum ini, Shopee yang dimiliki oleh Sea menghadapi masalah di India, apabila Shope diminta untuk diharamkan disebabkan oleh pegangan syarikat China, Tencent.