Artikel

Petronas, Sabah Perkasa Pelaburan Sumber Asli – Kini Laksana Pelan Induk Gas Sabah

Kerajaan negeri Sabah bersama Petronas kini melancarkan Pelan Induk Gas yang berperanan memperkasakan pelaburan bagi segmen sumber gas asli negeri.

Kesepakatan secara langsung tidak hanya merangsang pelaburan gas asli Sabah tetapi turut membuka ruang penerokaan pasaran kepada penduduk negeri tersebut.

Di bawah pelan ini, terdapat 3 peluang pelaburan utama yang diperincikan iaitu pembinaan loji gas aslicecir (LNG) dengan kapasiti 2.0 juta tan, memberi akses lebih banyak perniagaan perindustrian serta komersial dan menjadikan gas asli sebagai sumber tenaga yang lebih bersih.

Melalui agenda yang telah mula dipaparkan sejak awal Disember 2021 ini, ia turut membantu Sabah meneroka dan memanfaatkan bahan mentah negara kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan.