Artikel

AirAsia Sasar Saingi Grab Dan Gojek, Pada Khidmat Seru-Pandu Rantau Asean

Setelah menghadapi beberapa kesukaran pada sektor penerbangan negara, AirAsia kini terus mempelbagaikan perkhidmatan mereka – antaranya melalui khidmat seru-pandu, AirAsia Ride yang kini mula beroperasi di bandar utama Malaysia.

Menurut Amanda Woo Ketua Eksekutif AirAsia SuperApp pada laporan, penyertaan syarikat akan menjadi saingan yang baik buat dua platform antarabangsa iaitu Grab dan Gojek. AirAsia Ride melihat perluasan khidmat akan dapat dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun, mengatasi pesaingnya.

Setakat ini, khidmat tersebut memiliki sekitar 30,000 penyertaan pemandu seru-pandu dan merekod jumlah tempahan lebih dari 6 digit sebulan.

AirAsia Ride turut optimis akan penerimaan penggunaan pada penyertaan mereka di akan mendominasi pasaran rantau ini sebagaimana yang dilakukan mereka dalam sektor penerbangan. Untuk makluman, tahun ini AirAsia Ride akan diperluas ke Thailand, seterusnya akan mula melepasi Indonesia dan Filipina.