Lebih AS$700 juta bersamaan RM2.9 bilion dilaburkan SK Group pada pertumbuhan di Malaysia. Konglomerat kedua terbesar Korea Selatan ini memaklumkan pihaknya akan meningkatkan amaun tersebut pada 2022.
Berdasarkan kenyataan peruntukan tahun 2021 ini merangkumi beberapa segmen, antaranya pemerkasaan rantaian kenderaan elektrik di Sabah, perluasan SoCar Malaysia selaku rantaian perkongsian kereta dan penyertaan pemilikan lesen bank digital bersama BigPay.
Melihat pada daya produktiviti ini, SK menyasarkan tahun 2022 sebagai sasaran untuk pihaknya meneroka segmen pendigital dan kelestarian alam.
Untuk makluman SK telah melabur sehingga RM418 juta pada BigPay sejak Ogos 2021, sementara RM2.3 bilion pada kemudahan pembuatan kerajang tembaga di Sabah pada awal Januari 2021.