Artikel

Harga Limau Mandarin Meningkat Sehingga 40% Tahun Ini

Menjelang Tahun Baru Cina, salah satu buah yang dinantikan ramai adalah limau mandarin atau turut dikenali dengan nama lokam di Malaysia. Namun, agak mendukacitakan tahun ini, harga jualan limau mandarin ini dijangkaa meningkat sehingga 40% pada tahun ini.

Hal ini adalah disebabkan gangguan pada rantaian logistik global, selain mana kadar pengeluaran yang berkurangan sehingga 15% berbanding tahun lepas – dan mencapai sehinggaa 30% untuk buah bersaiz L dan XL.

Harga kos logistik juga dikatakan meningkat sejak November 2021 lepas membawa kepada peningkatan harga, disamping itu, bencana banjir juga dikatakan membawa kepada kelewatan pelepasan barangan di pelabuhan.

Mengikut laporan TheStar, lokam 4kg bersaiz kecil berharga RM19.80 sekotak (berbanding RM12.98 pada 2021), RM22.80 untuk saiz medium (berbanding RM16.98 sebelum ini), dan sehingga RM32.80 untuk saiz XL (berbanding RM18.38 sebelum ini).