Artikel

Gojek Berdepan Tuntutan $1.7 Bilion, Susulan Dakwaan Pelanggaran Hak Cipta

Atas dakwaan melanggar hak cipta, startup gergasi Indonesia – Gojek kini dilaporkan sedang berdepan tuntutan berjumlah $1.7 bilion (24.9 trilion rupiah).

Berdasarkan kenyataan tuntutan tersebut telah difailkan kepada Pusat Mahkamah Komersial Jakarta pada tanggal 31 Disember. Walaupun tidak diperincikan butiran pertikaian, dakwaan tersebut telah menamakan Nadiem Makarin iaitu pengasas Gojek.

Gojek pada tindak-balas situasi tersebut memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang makluman rasmi dan akan sentiasa menjalankan operasi mengikut perundangan semasa. Kenyataan memaklumkan perbicaraan pertama bagi tuntutan itu akan berlangsung pada 13 Januari kelak.