Artikel

AirAsia Berhad Menukar Nama Syarikat Sebagai Capital A Berhad

AirAsia Group Berhad kini dimaklumkan mengfailkan pertukaran nama kumpulan kepada Capital A Berhad.

Berdasarkan kenyataan pemfailan Bursa, nama yang difailkan telah menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 28 Disember 2021. Tindakan usul perubahan nama entiti ini bagaimanapun adalah tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Syarikat yang dijangka akan dilaksanakan kelak. 

Untuk makluman penguatkuasaan pertukaran nama baharu ini akan termaktub pada tarikh pengeluaran notis pendaftaran baharu setelah kelulusan dari para pemegang saham dicapai.