Artikel

Sekitar RM967.2 Juta Dana Pulihkan Kawasan Bencana, Pembaikan Kekal Dijangka Selesai Jun 2022

Usaha pemulihan kawasan bencana kini terus disegerakan oleh pentadbiran negara dengan peruntukan melibatkan RM967.2 juta sepanjang Monsun Timur Laut di seluruh negara.

Agihan tersebut meliputi kesan kemusnahan melibatkan 895 kawasan banjir, cerun runtuh, laluan mendap, kerosakan infrastruktur dan beberapa bahagian kemusnahan yang lain.

Berdasarkan usaha pembersihan, ketika ini sebanyak 802 lokasi telah selesai mengalami aktiviti pembersihan. Ia merangkumi:

  • Selangor (134 lokasi, masih terdapat 28 lokasi)
  • Kedah (3 lokasi, masih terdapat 5 lokasi)
  • Perak (17 lokasi)
  • Negeri Sembilan (45 lokasi, masih terdapat 17 lokasi)
  • Johor (6 lokasi)
  • Kelantan (34 lokasi, masih terdapat 4 lokasi)
  • Pahang (533 lokasi, masih terdapat 66 lokasi)
  • Terengganu (13 lokasi, masih terdapat 1 lokasi)
  • Melaka (17 lokasi, masih terdapat 5 lokasi)

Menurut Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri juga, pembaikan kekal berhubung krisis ini dilakukan pada Januari 2022 dan disasar selesai menjelang Jun 2022 kelak.