Kesan daripada ketirisan ekonomi dan gangguan kesejahteraan pendidikan global disebabkan pandemik COVID-19, ia tidak hanya memperlahankan peluang kanak-kanak untuk masa hadapan mereka tetapi turut mendorong kepada perubahan pilihan hidup mereka dengan berkahwin.
Tahukah pembaca, berdasarkan tinjauan Unicef sekitar 750 juta wanita di bawah usia 18 tahun telahpun berkahwin dan lebih perit 30% daripadanya adalah berusia kurang dari 15 tahun.
Susulan penutupan sesi persekolahan Unicef pada laporan Mac 2021 telah menjangkan akan terdapat tambahan 10 juta perkahwinan direkodkan sebelum tahun 2030 dan 100 juta perkahwinan menjelang 2030. Penutupan sekolah berpotensi meningkatkan peluang perkahwinan kanak-kanak sekitar 25%.
Melalui perkahwinan itu, purata kelahiran anak yang ramai adalah sekitar 3%.
Berpaksikan kepada lonjakan kemiskinan disebabkan krisis COVID-19 ini, tindakan mengalakkan perkahwinan kanak-kanak sekadar merugikan pertumbuhan ekonomi global.
Ia tidak hanya menghalang peluang pendidikan kanak-kanak yang terlibat tetapi proses kehamilan di awal usia akan mendorong kepada risiko kematian yang lebih tinggi. Malah perkahwinan di awal usia juga akan terus tingkatkan kadar kemiskinan susulan kegagalan memenuhi kos tanggungan dan perkara itu berpotensi cetus kepada keganasan rumah tangga.
Berdasarkan data, India menjadi negara yang melaporkan perkahwinan kanak-kanak tertinggi di Asia Selatan, sementara negara jiran Indonesia pula telah meluluskan 33,000 perkahwinan kanak-kanak untuk separuh pertama 2020 sahaja lebih tinggi berbanding data 2019.
Manakala Malaysia pula, anggaran 2019 menunjukkan sekurang-kurangnya 1,500 kanak-kanak berkahwin setiap tahun. Apa yang turut membimbangkan adalah data 2018 di Malaysia – 90% kanak-kanak yang telah dikahwinkan adalah kanak-kanak perempuan.