Artikel

Kenaikan OPR Pada Pertengahan 2022, Dijangka Cetus Manfaat Buat Sektor Perbankan

Sektor perbankan Malaysia kini diteliti bakal meraih faedah, susulan pertumbuhan ekonomi mula menunjukkan pemulihan dan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kelak akan merancakkan lagi momentum tersebut.

Bank Negara Malaysia (BNM) pada tinjauannya sebelum ini telah memaparkan peningkatan pada pertumbuhan pinjaman terkumpul November dengan 4.3%, sementara bon korporat pada 4.8%. Secara keseluruhannya perkembangan kewangan telah memaparkan peningkatan pembiayaan bersih dengan 4.4% pada November.

Tidak hanya itu, pertumbuhan pinjaman isi rumah juga turut meningkat kepada 4.1%, ia dicetuskan hasil pengeluaran pinjaman yang tinggi pada perbelanjaan kad kredit dan harta kediaman dan kenderaan kereta penumpang.

Sementara pertumbuhan pinjaman sektor perniagaan pula meningkat kepada 4.8%, ini membabitkan pinjaman modal kerja.

Setakat ini, sektor perbankan pada pandangan firma penyelidikan CGS-CIMB melihat pihak ini akan miliki keuntungan susulan pemulihan yang sedang berlaku. Malah ia akan terus dirancakkan sekiranya kenaikan OPR 25 mata pada pertengahan 2022 dilaksanakan.