Artikel

Foodpanda Pacu Kelestarian, Jimat 544 Juta Penggunaan Kutleri Pakai-Buang Sepanjang 2021

Foodpanda, penyedia khidmat penghantaran makanan ketika ini akan terus memacukan agenda kelestarian hijau mereka, pada pembungkusan makanan kepada pengguna.

Pelaksanaan pada peringkat global sejak Ogos 2021 lagi telah mendorong platform ini memberi pendedahan kepentingan hijau kepada para peniaga, termasuklah ekosistem jualan makanan di negara. Untuk makluman, sepanjang 2021 melalui pilihan untuk tidak menyertakan ‘peralatan makanan’ ketika melakukan pesanan – foodpanda telah berjaya merekod penjimatan 544 juta keping plastik pakai-buang pada jualan.

Tindakan ini sekaligus seiring dengan matlamat platform ke arah organisasi neutral karbon.

Foodpanda pada Program Pembungkusan Lestari sebelum ini telah mula memberi galakan kepada para peniaga untuk beralih kepada pembungkusan yang lebih lestari berasaskan tumbuhan.

Bagi menyokong agenda itu, pengenalan Pau Pau iaitu maskot baharu foodpanda turut akan mengetengahkan startegi hijau mereka pada tahun ini, 2022. Ia juga dilihat sebahagian penjenamaan semula paparan foodpanda kepada pengguna aktif – lebih mesra dan lebih lestari.