Shopee kini telah menambah satu lagi medium pembayaran pada platform mereka, iaitu kebolehan membayar menggunakan Google Pay.
Untuk makluman, sekiranya anda aktif membeli di gedung Google Play Store untuk aplikasi, permainan mahupun perkhidmatan Google lain, anda mungkin sedia menetapkan pembayaran Google Pay pada akaun anda.
Dengan penambahan Google Pay ini, ia sekaligus memberikan alternatif pembayaran kepada anda di Shopee, selain turut memudahkan lagi pengurusan pembayaran anda pada pelbagai platform di sebuah medium setempat.
Bagi anda yang menggunakan Shopee, anda akan dapat melihat pilihan pembayaran Google Pay ini pada halaman pembayaran.