Artikel

Samsung Dalam Pertimbangan Beli Kepentingan Biogen, Pengeluar Ubatan AS

Samsung, syarikat teknologi global kini diperkatakan sedang pertimbang mengambil-alih penyedia ubatan Amerika Syarikat (AS) Biogen Inc yang bernilai lebih AS$34.67 bilion.

Berdasarkan laporan Reuters, Biogen mendekati Samsung untuk penawaran saham pada nilai lebihi AS$42 bilion dan melalui pertimbangan itu, ia dijangka berpotensi menjadikan pemerolehan luar negara terbesar yang pernah dilakukan oleh syarikat Korea Selatan.

Setakat ini, Samsung akan melabur 240 trilion won (AS$206 bilion) dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk mengembangkan empayarnya dalam biofarmaseutikal, kecerdasan buatan, semikonduktor dan robotik dalam era pasca-pandemik kelak.

Bagaimanapun perancangan ini masih tidak mendapat penjelasan lanjut daripada Samsung mahupun Biogen.