Artikel

MBO Cinemas Kembali Beroperasi Semula – Bermula Di Atria Shopping Gallery

MBO Cinemas hari ini telah mula beroperasi kembali secara rasminya. Lokasi pertama pawagam berkenaan kembali beroperasi semula adalaah di Atria Shopping Gallery.

MBO beberapa bulan lepas telah mengumumkan penutupan operasi disebabkan terjejas dengan PKP dan Covid-19. Namun, ia seterusnya diambil-alih asetnya, dan kini beroperasi dibawah pengurusan baharu.

Seperti sebelum ini, MBO Cinemas menawarkaan Big Screen, Onyx dan juga Kecil. Bermula 29 Disember 2021 ini, MBO Atria Shopping Gallery telah beroperasi semula.

Dibawah pengurusan baharu ini, ia juga mempunyai pegangan lokasi di MBO Elements Mall, MBO Brem Mall, MBO Space U8, MBO Taiping Sentral Mall, MBO Teluk Intan, MBO Melaka Mall, dan juga MBO U-Mall Skudai. Lokasi-lokasi lain akan dibuka secara berperingkat selepas ini.