Tidak sekadar jumlah pembatalan penerbangan tersebut, tetapi kelewatan melibatakn 12,000 penerbangan juga telah dialami oleh seluruh syarikat di dunia pada minggu ini. Ia disebabkan kegusaran varian Omicron.
Data Flightradar24 pada awal minggu ini jelas menunjukkan, seluruh negara antarabangsa mengambil serius berhubung penularan yang sedang berlaku ketika ini.
Antara negara yang mencatatkan hampir separuh dari pembatalan dan kelewatan perjalanan itu adalah dari Amerika Syarikat (AS). Sementara mengikut data negara kini terdapat 49 kes varian Omicron yang dikesan setakat 24 Disember lalu.
Melihat pada situasi itu, rata-rata negara sedang memperkasakan agihan dos penggalak untuk tujuan meningkatkan kesejahteraan perjalanan dan komuniti. Malaysia terbaharu memaklumkan memendekkan tempoh penantian kepada 3 bulan buat penerima vaksin AstraZeneca dan Pfizer untuk mengambil dos penggalak.
Kenyataan itu secara langsung member kelegaan buat negara – untuk jaminan masa hadapan.