Artikel

2 Juta Rakyat Indonesia Dilaporkan Selesa Guna Khidmat Kesihatan Luar Negara – Antaranya Malaysia

Tahukah anda, kira-kira 2 juta rakyat Indonesia dianggarkan lebih memilih sistem kesihatan luar negara – yang terdiri daripada khidmat Malaysia, Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) untuk mendapat rawatan perubatan setiap tahun.

Situasi itu secara langsung telah membawa kerugian tahunan sekitar AS$7 bilion kepada Indonesia.

Melihat situasi ini, Presiden Joko Widodo ingin mengembalikan semula kerugian tersebut dengan kerjasama Mayo Clinic yang berpangkalan di AS, untuk membangunkan kemudahan sistem kesihatan hospital di Indonesia iaitu Hospital Antarabangsa Bali.

Laporan ketika perasmian pecah tanah yang dilaksanakan pada minggu ini memaklumkan, kemudahan sistem kesihatan dijangka akan mula beroperasi pada pertengahan 2023 kelak.

Menerusi penubuhan kemudahan ini ia disasar tidak hanya meningkatkan kecekapan sistem kesihatan Indonesia tetapi turut membangunkan segmen farmaseutikal mereka dari segi ubatan dan peralatan.