Artikel

34,000 Ketua Isi Rumah Malaysia Terima Agihan Dana Wang Ihsan, Berjumlah RM34 Juta

Pentadbiran negara kini telah mengagihkan sejumlah RM34 juta kepada 34,000 ketua isi rumah yang terjejas disebabkan banjir di Malaysia.

Berdasarkan kenyataan, agihan tersebut dilaksanakan kepada 3 saluran iaitu penyerahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), serahan rumah ke rumah dan pengagihan tunai secara atas talian.

Seperti yang umum sedari, pentadbiran sebelum ini telah memaklumkan pengagihan RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terkesan. Bagaimanapun di awal proses permohonan itu mendapat kritikan – susulan prosesnya memerlukan mangsa terjejas membuktikan kerosakan yang dialami mereka pada pihak berkuasa.