Negara kini dalam percubaan memohon Dana Iklim Hijau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CGF) bagi menangani perubahan iklim yang menimpa di Malaysia.
Permohonan berjumlah AS$3 juta iaitu bersamaan RM12.5 juta ini dilihat lebih kecil berbanding apa yang dinyatakan dalam usaha mencegah banjir. Di mana rata-rata pemerhati memaklumkan jumlah perbelanjaan untuk bencana alam ketika ini adalah lebih tinggi.
Laporan Reuters menunjukkan tindakan permohonan dana itu bertujuan membantu membangunkan Kerangka Adaptasi Kebangsaan (NAF) menjelang hujung tahun 2022.
Ia akan beri tumpuan kepada bahagian perairan, pertanian, keselamatan makanan, kesihatan awam, perhutanan serta infrastruktur.
Walaupun terdapat pendedahan ini, perkongsian makluman dari Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air – Zaini Ujang menyatakan pihaknya turut memiliki startegi jangka masa panjang. Tetapi tidak diperincikan penjelasan perancangan tersebut.
Buat pengetahuan umum, kesan bencana banjir di Malaysia telah meragut 48 nyawa orang awam dan mengakibatkan hampir 70,000 individu kehilangan tempat tinggal.