Artikel

Dagangan Malaysia Capai RM2 Trilion, Melonjak 24.6%

Perdagangan negara buat pertama kali – kini mencatatkan jumlah dagangan RM2 trilion, ini meningkat 24.6% berbanding data tahun lalu.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) perkembangan positif tersebut diperlihat pada ata Januari sehingga November 2021 yang menunjukan pertumbuhan dagangan, eksport serta import kekal baik dan stabil.

Petumbuhan eksport mencatatkan peningkatan 25.7% kepada RM1.1 trilion, sementara import pula memaparkan pertumbuhan 23.3% kepada RM894.4 bilion. Manakala bagi lebihan dagangan pula terus berkembang 36.2% kepada RM221.5 bilion.

Berdasarkan penyertaan sumbangan eksport Malaysia antara yang mendahului adalah;

  • Amerika Syarikat RM3.3 bilion
  • China RM2.9 bilion
  • Singapura RM2.6 bilion
  • Vietnam RM2.5 bilion
  • Kesatuan Eropah RM2.1 bilion
  • India RM2.0 bilion
  • Indonesia RM1.9 bilion
  • Jepun RM1.4 bilion
  • Korea RM1.2 bilion

Secara amnya peningkatan eksport ini disokong pada permintaan produk elektrik dan elektronik, komponen perkilanganlogam, minyak kelapa sawit, keluaran petroleum dan beberapa permintaan lain.

Untuk permintaan import pula dipengaruhi berdasarkan pengeluaran modal, penggunaan serta barangan perantaraan.