China Evergrande Group kini telah mengerakkan semula pembinaan projek perumahannya susulan tekanan yang didepani untuk melangsaikan paras hutang mereka. Setakat ini, hampir 92% projek hartanah Evergrande telah dimulakan semula. Berdasarkan laporan, operasi pembinaan ini melibatkan kerahan tenaga sekitar 89,000 pekerja.
Seperti yang umum sedari, Evergrande terus bergelut dengan paras liabiliti lebihi AS$300 bilion. Bagi mengatasi peningkatan hutang itu, laporan Bloomberg menunjukkan Beijing telah mula memudahkan pembiayaan untuk beberapa pemaju serta pembeli rumah. Pembaikan Evergrande kini dipandu oleh jawatankuasa risiko yang merangkumi pegawai dari wilayah asalnya di Guangdong.
Pada masa yang sama, melalui dasar monetari suku tahunan – bank pusat China turut menjanjikan sokongan yang lebih besar untuk ekonomi sambil mengulangi matlamatnya untuk menggalakkan pertumbuhan “sihat” sektor hartanah, melindungi hak pembeli rumah dan memenuhi permintaan perumahan dengan lebih baik.
Maka untuk memperkasakan kedudukan kewangan mereka Evergrande telah mula memulihkan kembali interaksinya bersama pembekal lain. Di mana lebih 80% rakan kongsi perniagaan Evergrande seperti reka bentuk dan pembekal bahan jangka panjang telah menyambung semula kerjasama dengan syarikat itu.
Sementara berdasarkan papan pelaburan, saham Evergrande telah jatuh 90% dalam dagangan Hong Kong tahun ini.