Artikel

MyPrice Dashboard, Bantu Pengguna Malaysia Ketahui Harga Semasa Barangan Terpilih

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini menampilkan MyPrice Dashboard buat kemudahan orang awam berhubung penetapan harga semasa barangan terpilih.

Paparan platform ini akan memperlihatkan aliran perubahan harga barangan di lokasi terpilih, di seluruh Malaysia.

Berdasarkan makluman, harga yang dipaprkan adalah berlandaskan spesifikasi yang sama bagi setiap barangan. Ini bermakna bagi barangan yang tidak mengikut spesifikasi – harga akan disesuaikan mengikut ketetapan spesifikasi tersebut.

Pemaparan kadar harga barangan terpilih ini juga adalah berdasarkan tempoh masa bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi pada setiap hari.

Menurut KPDNHEP, perluasan makluman ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Menerusi perkongsian ini, ia secara langsung akan membantu isi rumah Malaysia mengetahui penetapan kadar harga barangan yang sahih.

Untuk mengetahui maklumat lanjut, pengguna boleh layari pautan MyPrice Dashboard KPDNHEP bagi pendedahan kadar harga.