Artikel

BNM Terbit Draf Pendedahan Pengurusan Risiko Iklim, Kukuhkan Institusi Kewangan

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, menerbitkan Draf Pendedahan Pengurusan Risiko Iklim serta Analisis Senario kepada tatapan awam. Ia berperanan memperincikan panduan berhubung pengurusan risiko iklim negara.

Adanya draf ini ia bertujuan memberi persediaan kepada institusi kewangan untuk mengukuhkan pengurusan risiko ketika berdepan dengan perubahan iklim kelak. Untuk makluman, darf ini turut melengkapkan Perubahan Iklim dan Taksonomi Berasaskan Prinsip (CCPT), Rangka Lerja Taksiran Impak Pelaburan dan Pembiayaan Pengantaraan berasaskan Nilai (VBIAF) serta Panduan Sektoral VBIAF.

Melalui usul keperluan dan jangkaan analisis senario ini, ia kelak berupaya memberi gambaran kepada insitusi kewangan untuk risiko semasa. Penjelasan lanjut turut akan diperincikan di bawah Ujian Takanan Perubahan Iklim yang akan diterbitkan oleh BNM pada suku pertama 2022 kelak.

Bagi penjelasan lanjut pada draf, para pembaca boleh layari pautan Pengurusan Risiko Iklim dan Analisis Senario BNM.