Artikel

Apple Antara 20 Syarikat Gergasi Dunia – Membelanjakan Bilion Dolar, Lonjakan Harga Saham

Untuk terus mengukuhkan kedudukan empayar dalam pasaran, syarikat gergasi menggunakan kelebihan aliran tunai mereka untuk menaikkan harga saham, sehingga akhir tahun ini.

Tinjauan Yahoo! Finance itu memperlihatkan sekitar 53.5% daripada aktiviti pembelian balik saham untuk suku ketiga 2021 telah dilaksanakan oleh 20 syarikat teratas di dunia. Antara yang terlibat adlaah syarikat gergasi seperti Apple, Alphabet, Meta, Oracle dan Microsoft.

Data tersebut merangkumi perkongsian indeks S&P Dow Jones, di mana aliran aktiviti itu memperlihatkan Apple antara entiti yang membelanjakan sebahagian besar pada aktiviti tersebut.

5 syarikat tersebut sahaja dilaporkan membeli semula AS$66.7 bilion saham mereka pada suku ketiga. Penilaian secara agregat menunjukkan aktiviti pembelian semula lima syarikat ini mencecah lebih AS$211.6 bilion.

Untuk makluman, Pembelian Balik Saham – adalah suatu aktiviti yang ingin memberi petunjuk baharu harga saham syarikat yang berkaitan cenderung untuk meningkat dan tidakan itu secara langsung akan menghentikan kejatuhan harga saham.