Struktur ekonomi dunia dijangka bernilai AS$100 trilion menjelang tahun 2022 – dan beberapa negara dilihat miliki potensi untuk mengatasi kedudukan penguasaaan pada pasaran global.
Data Centre for Economist and Business Research (CEBR) pada awal Disember 2021 kini memperlihatkan pemulihan aliran ekonomi akan dicapai bermula tahun 2022. Laporan itu telah mengklasifikasikan aliran pertumbuhan mengikut tempoh tahun tertentu.
Secara keseluruhan KDNK global akan alami pertumbuhan positif, di mana China disasar atasi penguasaan ekonomi global pada kedudukan pertama mulai tahun 2031. Sementara India pula akan tampil selaku ekonomi terbesar ketiga pada 2031, iaitu mendahului Jerman, Jepun dan United Kingdom (UK).
Namun apa yang menarik pada dapatan ini adalah, kedudukan ekonomi Malaysia disasarkan mengatasi Singapura (41) dan New Zealand(50) menjelang 2031 dan 2036. Akan tetapi, Indonesia (8), Thailand(22) serta Filipina(25) jelas memperlihatkan kedudukan ekonomi yang lebih baik pada tempoh yang sama.
Setakat ini pertumbuhan negara dijangka paras 5.1% sehingga tahun 2025 dan 4.1% sepanjang tahun 2025 hingga 2030.