Tenaga Nasional Berhad (TNB), kini bertindak memberi rebat 100% secara one-off bagi bil elektrik kepada 72,000 pelanggan domestik TNB yang terkesan disebabkan bencana banjir.
Pemberian ini merangkumi rebat pada bulan Disember 2021 dan ia meliputi peruntukan kecemasan bernilai RM9 juta yang dimaklumkan negara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan dan pertimbangan Perdana Menteri, sekali gus ia adalah persetujuan bersama kerajaan bagi menyantuni mangsa banjir.
Buat pengetahuan umum, TNB telahpun mengumumkan peruntukan RM40 juta bagi tujuan pemulihan bersama peruntukan RM2 juta untuk bantuan tunai di bawah Tabung Wang TNB Prihatin (TWTP).
Setakat ini, lebih 2,000 kakitangan TNB di seluruh semenanjung dalam usaha memulihkan bekalan aset, termasuklah pemeriksaan pendawaian secara percuma pada kediaman golongan B40.
Adanya langkah sedemikian ia dijangka dapat mempercepatkan usaha penyambungan bekalan elektrik dan menjamin kebajikan semua mangsa terlibat. Kini, lebih 30% daripada 2,110 aset bekalan elektrik TNB telah berjaya dipulihkan semula.