Setelah Singapura, AirAsia mula meluaskan empayar khidmat penghantaran makanannya ke pasaran Indonesia – bemula awal tahun 2022 kelak.
Ini secara terus memberi persaingan menarik, bersama pesaing pasaran Indonesia seperti GoFood-Gojek dan GrabFood. Yang menguasai permintaan penghantaran makanan lebih 70% di Indonesia.
Berdasarkan kenyataan, setakat ini pendaftaran awal untuk kemasukan rakan kongsi peniaga makanan telah dibuka dan pihaknya turut menyediakan insentif buat 1,000 perniagaan terawal dengan penawaran komisen jualan bagi 3 bulan pertama.
Pelaksanaan kemasukan AirAsia Food ini nyata menjadi penantian buat warga Indonesia. Menurut Arbi Wienandar, Ketua E-Dagang Super App Indonesia – kehadiran platform ini akan meningkatkan arena makanan negara, selain memberi keuntungan kepada para peniaga.
Selain Indonesia, AirAsia Food pada awal Mac lalu turut merancang perluaskan khidmat ini kepada pasaran Filipina. Buat masa ini selain Malaysia, Singapura dan Thailand telah menikmati khidmat tersebut pada pasaran negara masing-masing.