Artikel

Rakyat Malaysia Kini Boleh Beli Kenderaan, Dengan Kripto

Industri automotif negara kini mula membuka ruang untuk meningkatkan pemilikan kenderaan dalam kalangan masyarakat. Antaranya, membenarkan pembelian kenderaan melalui kriptowang.

CHY Autoworld Sdn Bhd ketika ini tampil menyediakan kaedah pembayaran aset digital tersebut – di mana ia memboleh pelabur kripto melaksanakan pembayaran bagi pembelian kereta mahupun kediaman.

Tawaran instrumen pembayaran ini tidak hanya merancakan lagi penglibatan pengguna Malaysia dalam arena kripto, namun turut memberi kelebihan pada penerapan nirtunai (tanpa tunai), dengan membenarkan pelabur laksana pertukaran aset digital.

Berdasarkan laporan, meskipun risiko penggunaan kripto mendapat perhatian pihak Kementerian Kewangan (MOF) bersama Bank Negara Malaysia (BNM) – tetapi semua pihak perlu sedari adanya kemudahan transaksi ini, ia secara langsung akan meningkatkan lagi aliran perbelanjaan tempatan.