Artikel

Sektor Pembuatan Kekalkan Prestasi Ekonomi Sepanjang 9 Bulan Pertama, Melonjak 24.2%

Aliran ekonomi Malaysia sehingga September 2021 ini, memperlihatkan pertumbuhan yang positif sekitar 3.0% berbanding -6.4% pada tempoh yang sama bagi 2020.

Antara sektor yang kekal memaparkan keseimbangan terhadap sumbangan ekonomi adalah sektor pembuatan, iaitu di paras 24.2%. Angka ini memaparkan sedikit peningkatan berbanding tahun 2020 iaitu di paras 22.7%. Ini secara langsung menjadi sektor pembuatan antara pendahulu dalam sumbangan ekonoi Malaysia.

Tidak hanya sektor pembuatan, sektor perkhidmatan serta perlombongan dan pengkuarian juga memaparkan aliran pertumbuhan yang positif pada 3 suku pertama tahun ini. Antara pencetus kepada kenaikan itu adalah peningkatan eksport 12.1%, subsektor kewangan dan insurans sekitar 12.5% dan sokongan subsektor gas asli pada 7.6%.

Meskipun negara sedang berdepan tekanan inflasi, namun kerajaan kekal optimis akan pertumbuhan negara pada tahun hadapan – dengan sasaran 6.5% pertumbuhan, manakala Bank Dunia pula menganggarkan pencapaian 5.8%.