Subsidiari Berjaya Land Bhd (BLand) iaitu Berjaya Air Sdn Bhd kini telah memiliki helikopter ACH160, H175 daripada Airbus Helicopters. Ini secara langsung menjadikan Berjaya antara peneraju miliki helikopter Airbus tercanggih di dunia.
Tindakan kesepakatan pembelian secara langsung akan mengubah segmen penerbangan negara. Perolehan helikopter serba canggih dan berkualiti ini memiliki pengiktirafan dari Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA), ia juga memiliki kelas teknologinya tersendiri.
Dimana ACH160 berperanan pengangkutan helikoptar korporat persendirian yang disertai sistem Helionix, sementara Airbus H175 pula adalah kelas helikopter sederhana besar, yang memiliki keupayaan perjalanan jarak dan aspek kelancaran yang baik.
Kedua-dua pengangkutan ini memiliki penerapakan keperluan pada industri minyak dan gas, operasi mencari, menyelamat, perubatan kecemasan dan khidmat awam.
Menerusi kesepakatan ia tidak hanya mengukuhkan persefahaman antara Berjaya dan Airbus, bahkan memberi pulangan menarik kepada arena penerbangan Malaysia.